Jumaat, 20 April 2012

BUAH AJAIB(KERATAN AKHBAR 20/4/12)


AKHIRNYA TERPAPAR JUGA KISAH BUAH AJAIB DI AKHBAR HARIAN METRO.
SAYA BERSAMA RAKAN DARI HARIAN METRO YANG MENJEJAKI BUAH AJAIB INI BERPUAS HATI DENGAN KISAH YANG DIPAPARKAN.
ADA KISAH-KISAH MENARIK,BOLEHLAH BERKONGSI DENGAN SAYA.
AKAN DATANG NANTIKAN KISAH MAHKOTA DEWA.


KUANTAN: Mampu menukarkan rasa masam atau pahit kepada manis ialah keistimewaan buah berwarna merah sebesar ruas jari kelingking kerana apabila buah itu dimakan, ia boleh menghilangkan deria rasa masam dalam mulut dan menukarkannya kepada manis.
Dikategorikan sebagai tumbuhan herba, buah yang dikenali dengan nama ‘sweet berry’ di luar negara ini mempunyai khasiat mengubati penyakit tertentu terutama kencing manis.

Pengusaha tumbuhan herba, Mohd Ali Ibrahim berkata, dia mula mengusahakan pokok berkenaan kira-kira 10 tahun lalu apabila diserang strok dan tidak mampu berjalan.
Katanya, enggan terlalu bergantung kepada ubatan moden, dia mencari alternatif lain dengan mencuba berubat secara tradisional sehinggalah seorang rakan memperkenalkan buah berkenaan.

“Ajaibnya, penyakit strok saya beransur pulih dan kini boleh berjalan seperti biasa, malah keadaan kesihatan saya juga bertambah baik.

“Melihat keistimewaannya saya mengambil keputusan mengusahakan pokok ini dan mempunyai lebih 30 pokok sehingga kini,” katanya.
Menurutnya, buah ajaib itu menjadikan deria rasa di lidah keliru dengan rasa masam lalu memadankannya dengan rasa manis, tetapi kandungan gula dalam buah itu tidak memudaratkan kesihatan mahupun meningkatkan kandungan gula dalam darah.

Mohd Ali berkata, dia menjual pokok itu sekitar harga RM30 hingga RM300 bergantung kepada saiz dan usia pokok.
Menariknya, biji pokok itu tidak perlu ditanam sebaliknya hanya perlu dicampak di tanah untuk ia bertunas sebelum dipindahkan ke dalam pasu apabila sudah mula mempunyai akar.

“Jika mahu menanamnya pun boleh namun ia mengambil lama untuk membesar berbanding jika dicampak di mana-mana kawasan bertanah.

“Menjaganya pula tidak rumit cuma hanya perlu memastikan keadaan tanah sentiasa lembab, tetapi ia mengambil masa setahun untuk berbuah.

Sementara itu, isteri Mohd Ali, Rahmah Mat Ali, 50, berkata, dia menghidap penyakit jantung yang kronik sehingga doktor menasihatkannya menjalani pembedahan pintasan jantung.

Katanya, walaupun suaminya ada menceritakan khasiat buah berkenaan namun dia tidak mengambil pusing sehinggalah mencuba sendiri makan buah dan daun pokok itu.

“Saya mengamalkannya setiap pagi dan selepas enam bulan, keadaan jantung saya kembali normal, malah doktor juga terkejut melihat saya mampu pulih,” katanya.



3 ulasan:

  1. macam mana i nak dapatkan pokok nie. dalam harian metro pun tak de letakan info. macam mane ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. UNTUK MENDAPATKAN POKOK INI BOLEH HUBUNGI SAYA.SAYA AKAN BAWA KE RUMAH PAKLANG YANG TERLETAK DI KAMPUNG PERMATANG BADAK.TERIMA KASIH.

      Padam

Klik Disini