Isnin, 16 April 2012

BUAH AJAIB


(FOTO INI DIAMBIL PADA 13/4/12 DI KAMPUNG PERMATANG BADAK)
PENGUSAHA POKOK HERBA: PAKLANG

Buah yang diberi nama BUAH AJAIB atau nama saistifiknya SYNSEPALUM DULCIFICUM yang berasal dari Afrika ini sememangnya popular. Ianya berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi, kencing manis, menjadi anti oksida dan membantu merawat kanser.

Anehnya setelah makan buah ajaib ini, ianya boleh mengubah rasa makanan yang masam atau pahit menjadi manis, contohnya air limau nipis tanpa gula akan menjadi manis dan sedap. Pauh masam akan dirasa manis.

Ramai pengamal rawatan tradisional menggunakannya untuk merawat demam, kencing manis,malaria, buasir dan batuk.

Daunnya pula digunakan untuk merawat sakit gigi.hanya perlu mengunyah daun tersebut.INSYAALLAH.

Dalam temubual bersama Paklang, beliau memang dari dulu lagi meminati tumbuhan herba.Beliau akan berusaha untuk mendapatkan benih herba dari serata tempat.

Menurutnya juga isterinya menghidap penyakit kencing manis yang kritikal.setelah makan Buah Ajaib tersebut, alhamdulillah penyakit isterinya semakin berkurangan setiap hari tanpa perlu memakan ubat lagi.

Terdapat pelbagai pokok Herba yang ditanam oleh Paklang.beliau juga turut menjual pokok-pokok herba tersebut.

UNTUK KETERANGAN LANJUT
SILA HUBUNGI SOFI 0134147623..TERIMA KASIH..:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik Disini