Selama 23 tahun Al-Quran di turunkan secara berperingkat
kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril.
Al-Quran yang menjadi panduan hidup manusia semestinya perlu
dihormati dan diletakkan di kedudukan tertinggi.
Akta Percetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986 telah diwujudkan
untuk melindungi percetakkan Al-Quran dari sebarang kesalahan dan kesilapan
serta ketidakpatuhan terhadap prosedur pelupusan sisa atau bahan yang
mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran.
Oleh yang demikian, satu program Perlupusan abu Al-Quran
peringkat negeri Pahang telah diadakan pada 4/10/12 di 7 batu nautika dari jeti
TLDM Kuantan.
Progam yang iatur Jabatan Mufti Negeri dan KDN Negeri Pahang
dengan kerjasama TLDM,APMM,PDRM,JAS PHG,JAIP ,MUIP,JBTAN LAUT WILAYAH TIMUR , MPK
dan wakil media telah berlangsung dengan sempurna.
Sebanyak 3 tan Abu Al-Quran yang dibawa dengan Kapal Tentera
Laut Diraja Malaysia telah dilepaskan.
Ianya bertujuan untuk menjaga dan melindungi kesucian kitab
suci Al-Quran dan memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan
perlupusan Al-Quran mengikut prosedur yang ditetapkan.
Saya merasakan sesuatu yang cukup tenang ketika Al-Quran
dilepaskan. Cuaca yang panas sebelum pelepasan tersebut menjadi mendung dan
cukup tenang.Selepas berakhir acara perlepasan abu Al-Quran,cuaca kembali menjadi panas.
SubhanAllah....Maha Suci Allah.Allahuakbar!