Rabu, 5 Disember 2012

PRODUK ORANG ISLAM

Assalamualaikum sahabat blogku..

Hari ni seharian aku menjelajah kedai di sekitar kuantan untuk melihat produk buatan orang islam.ternyata produk buatan orang islam terutama sekali produk IKS terlalu sedikit nak dibandingkan dengan produk buatan Agama lain.

Aku tertanya-tanya, adakah orang islam kita ni tidak tahu mana nak cari produk islam ataupun mereka sudah biasa dengan produk yang dihasilkan orang agama lain?

Aku bukan nak menaikkan isu perkauman,hanya pandangan peribadi sahaja..Kadang-kadang bangsa melayu ni perlukan banyak sokongan untuk berjaya dan bukannya banyak komen atau hasat dengki sesama bangsa atau orang islam itu sendiri.

Aku sempat bertanya dengan 3 orang peniaga kedai runcit tentang produk orang islam. Jawapan yang sama aku terima adalah orang kampung tidak akan beli produk orang islam disebabkan harganya yang SEDIKIT lebih tinggi dari produk yang sama dengannya.

Adakah nilai 10sen atau 20sen ataupun 30sen terlalu tinggi untuk keberkatan dan kesihatan diri sendiri?

Sama-samalah kita memberi sokongan produk buatan orang islam demi keberkatan hidup....assalamualaikum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik Disini