Isnin, 26 November 2012

SUP BELUT

sila pilih sendiri belut untuk dimasak.
itulah konsep yang digunakan sebuah kedai di kuantan untuk pelanggannya.
pelanggan bebas memilih saiz belut yang untuk dimasak.

aku pun dengan tenang memilih yang kecil sahaja disebabkan ingin mencuba.
ramai yang geli memakan belut disebabkan bentuknya macam ular dan macam-macam lagi.

ketika belut sedang diproses oleh tukang masak,aku mula terbayang-bayang bagaimana agaknya sup belut tu.


akhirnya apabila siap aromanya membuatkan diriku tidak sabar untuk mencuba sup belut yang dikatakan sungguh lazat.

hanya dengan nasi putih dan sambal belacan dan sup belut cukup menyelerakan tekak aku yang pada mulanya agak geli untuk memakannya.

anda semua mesti mencuba,selain rasanya yang enak belut atau nama saintifiknya monopterus albus adalah sejenis hidupan air tawar yang kaya dengan pelbagai khasiat.

sup belut the best!








2 ulasan:

  1. wah, best ke?? tak ada pengalaman lagi makan belut.. heheheh,,,,

    BalasPadam
  2. sapa yang tak pernah mencuba belut.anda mesti mencubanya....dah ryt sekali mesti nak lagi.(itulah yang dialami diriku.hehe)

    BalasPadam

Klik Disini