Isnin, 8 Oktober 2012

PERLUPUSAN ABU AL-QURAN



Selama 23 tahun Al-Quran di turunkan secara berperingkat kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril.

Al-Quran yang menjadi panduan hidup manusia semestinya perlu dihormati dan diletakkan di kedudukan tertinggi.
Akta Percetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986 telah diwujudkan untuk melindungi percetakkan Al-Quran dari sebarang kesalahan dan kesilapan serta ketidakpatuhan terhadap prosedur pelupusan sisa atau bahan yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran.

Oleh yang demikian, satu program Perlupusan abu Al-Quran peringkat negeri Pahang telah diadakan pada 4/10/12 di 7 batu nautika dari jeti TLDM Kuantan.
Progam yang iatur Jabatan Mufti Negeri dan KDN Negeri Pahang dengan kerjasama TLDM,APMM,PDRM,JAS PHG,JAIP ,MUIP,JBTAN LAUT WILAYAH TIMUR , MPK dan wakil media telah berlangsung dengan sempurna.

Sebanyak 3 tan Abu Al-Quran yang dibawa dengan Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia telah dilepaskan.
Ianya bertujuan untuk menjaga dan melindungi kesucian kitab suci Al-Quran dan memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan perlupusan Al-Quran mengikut prosedur yang ditetapkan.

Saya merasakan sesuatu yang cukup tenang ketika Al-Quran dilepaskan. Cuaca yang panas sebelum pelepasan tersebut menjadi mendung dan cukup tenang.Selepas berakhir acara perlepasan abu Al-Quran,cuaca kembali menjadi panas.

SubhanAllah....Maha Suci Allah.Allahuakbar!

Klik Disini