Jumaat, 20 April 2012

BUAH AJAIB(KERATAN AKHBAR 20/4/12)


AKHIRNYA TERPAPAR JUGA KISAH BUAH AJAIB DI AKHBAR HARIAN METRO.
SAYA BERSAMA RAKAN DARI HARIAN METRO YANG MENJEJAKI BUAH AJAIB INI BERPUAS HATI DENGAN KISAH YANG DIPAPARKAN.
ADA KISAH-KISAH MENARIK,BOLEHLAH BERKONGSI DENGAN SAYA.
AKAN DATANG NANTIKAN KISAH MAHKOTA DEWA.


KUANTAN: Mampu menukarkan rasa masam atau pahit kepada manis ialah keistimewaan buah berwarna merah sebesar ruas jari kelingking kerana apabila buah itu dimakan, ia boleh menghilangkan deria rasa masam dalam mulut dan menukarkannya kepada manis.
Dikategorikan sebagai tumbuhan herba, buah yang dikenali dengan nama ‘sweet berry’ di luar negara ini mempunyai khasiat mengubati penyakit tertentu terutama kencing manis.

Pengusaha tumbuhan herba, Mohd Ali Ibrahim berkata, dia mula mengusahakan pokok berkenaan kira-kira 10 tahun lalu apabila diserang strok dan tidak mampu berjalan.
Katanya, enggan terlalu bergantung kepada ubatan moden, dia mencari alternatif lain dengan mencuba berubat secara tradisional sehinggalah seorang rakan memperkenalkan buah berkenaan.

“Ajaibnya, penyakit strok saya beransur pulih dan kini boleh berjalan seperti biasa, malah keadaan kesihatan saya juga bertambah baik.

“Melihat keistimewaannya saya mengambil keputusan mengusahakan pokok ini dan mempunyai lebih 30 pokok sehingga kini,” katanya.
Menurutnya, buah ajaib itu menjadikan deria rasa di lidah keliru dengan rasa masam lalu memadankannya dengan rasa manis, tetapi kandungan gula dalam buah itu tidak memudaratkan kesihatan mahupun meningkatkan kandungan gula dalam darah.

Mohd Ali berkata, dia menjual pokok itu sekitar harga RM30 hingga RM300 bergantung kepada saiz dan usia pokok.
Menariknya, biji pokok itu tidak perlu ditanam sebaliknya hanya perlu dicampak di tanah untuk ia bertunas sebelum dipindahkan ke dalam pasu apabila sudah mula mempunyai akar.

“Jika mahu menanamnya pun boleh namun ia mengambil lama untuk membesar berbanding jika dicampak di mana-mana kawasan bertanah.

“Menjaganya pula tidak rumit cuma hanya perlu memastikan keadaan tanah sentiasa lembab, tetapi ia mengambil masa setahun untuk berbuah.

Sementara itu, isteri Mohd Ali, Rahmah Mat Ali, 50, berkata, dia menghidap penyakit jantung yang kronik sehingga doktor menasihatkannya menjalani pembedahan pintasan jantung.

Katanya, walaupun suaminya ada menceritakan khasiat buah berkenaan namun dia tidak mengambil pusing sehinggalah mencuba sendiri makan buah dan daun pokok itu.

“Saya mengamalkannya setiap pagi dan selepas enam bulan, keadaan jantung saya kembali normal, malah doktor juga terkejut melihat saya mampu pulih,” katanya.



Khamis, 19 April 2012

MENGHILANGKAN BAU HAMIS DAGING KAMBING.

  • BERSIHKAN DAGING KAMBING YANG TELAH DIPOTONG
  • BASUH DAN TOSKAN
  • KISAR 2 ULAS BAWANG MERAH,  SEULAS BAWANG PUTIH DAN 2 SENTIMETER HALIA (UNTUK 100 GRAM DAGING KAMBING)
  • GAULKAN BAHAN YANG DIKISAR KEMUDIAN PERAP SELAMA 10MINIT HINGGA 1 JAM
  • REBUS DENGAN AIR HINGGA EMPUK(TAMBAH AIR JIKA PERLU)
  • ANGKAT DAN TOSKAN DAGING YANG SUDAH EMPUK
  • SIMPAN AIR REBUSAN UNTUK MASAKAN ANDA.

Isnin, 16 April 2012

BUAH AJAIB


(FOTO INI DIAMBIL PADA 13/4/12 DI KAMPUNG PERMATANG BADAK)
PENGUSAHA POKOK HERBA: PAKLANG

Buah yang diberi nama BUAH AJAIB atau nama saistifiknya SYNSEPALUM DULCIFICUM yang berasal dari Afrika ini sememangnya popular. Ianya berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi, kencing manis, menjadi anti oksida dan membantu merawat kanser.

Anehnya setelah makan buah ajaib ini, ianya boleh mengubah rasa makanan yang masam atau pahit menjadi manis, contohnya air limau nipis tanpa gula akan menjadi manis dan sedap. Pauh masam akan dirasa manis.

Ramai pengamal rawatan tradisional menggunakannya untuk merawat demam, kencing manis,malaria, buasir dan batuk.

Daunnya pula digunakan untuk merawat sakit gigi.hanya perlu mengunyah daun tersebut.INSYAALLAH.

Dalam temubual bersama Paklang, beliau memang dari dulu lagi meminati tumbuhan herba.Beliau akan berusaha untuk mendapatkan benih herba dari serata tempat.

Menurutnya juga isterinya menghidap penyakit kencing manis yang kritikal.setelah makan Buah Ajaib tersebut, alhamdulillah penyakit isterinya semakin berkurangan setiap hari tanpa perlu memakan ubat lagi.

Terdapat pelbagai pokok Herba yang ditanam oleh Paklang.beliau juga turut menjual pokok-pokok herba tersebut.

UNTUK KETERANGAN LANJUT
SILA HUBUNGI SOFI 0134147623..TERIMA KASIH..:)

Ahad, 15 April 2012

KOD JALUR (BARCODE)


  • SISTEM PENOMBORAN STANDARD PRODUK YANG DITERIMA DALAM PASARAN ATARABANGSA DAN DIKELUARKAN OLEH FEDERATION OF MANUFACTURERS(FMM)
  • KOD JALUR ADALAH UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN URUSNIAGA DAN DI DALAMNYA TERTERA BUTIR-BUTIR SEPERTI NEGARA PENGELUAR PRODUK, NAMA PENGELUAR, NAMA PRODUK DAN HARGA.
  • BAR KOD HENDAKLAH DICETAK PADA LABEL ATAU LAIN-LAIN TEMPAT PADA PEMBUNGKUSAN MAKANAN YANG HENDAK DIJUAL DI PASARAN DAN JUGA EKSPORT.

KELEBIHAN KOD JALUR(BARCODE)

  • MEMUDAHKAN PROSES CARIAN DAN KEMASKINI MAKLUMAT ASSET
  • PENGGUNAAN BARKOD YANG SERAGAM DAN BERSEPADU
  • MENGESAN MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN CEPAT

BERIKUT ADALAH CONTOH KOD JALUR (BARCODE):



Sabtu, 14 April 2012

KOD MAKANAN KATEGORI TIDAK KRITIKAL.


Menurut pihak JAKIM kod-kod E merupakan kod-kod yang digunakan di Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal. bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti berikut:
E100:pewarna dari sumber tumbuhan.
E110: dari sumber chemical
E120: dari summer serangga 
E140: dari sumber tumbuhan 
E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet 
E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical. 
E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical. 
E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical. 
E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical. 
E234: Nisin; dari sumber microbe. 
E280: Propionic Acid dari sumber chemical.

PRODUK HALAL

isu makanan memang perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian seorang islam. makanan yang di makan akan menjadi darah daging.ramai yang dah mula ragu-ragu dalam memilih produk yang dijual di pasaraya.sebagai seorang islam,marilah kita bersama-sama membeli produk makanan yang diyakini HALAL,BERSIH DAN BERMUTU.

Klik Disini